Home Top Ad

Rahsia kejayaan Vans, syarikat yang hampir muflis kini kaya raya


Pada 1984, jenama kasut Vans sudah memfailkan muflis selepas tidak dapat menanggung hutang sebanyak AS$12 juta akibat kos produksi yang tinggi dan penjualan yang tidak memberangsangkan.


Pada 1980an, Vans mengeluarkan kasut untuk pelbagai jenis sukan termasuk bola keranjang, sky diving dan running - tersasar jauh daripada fokus Vans di zaman moden iaitu skateboarding dan gaya hidup.


Bagaimana transisi Vans daripada hampir muflis kepada sebuah syarikat IPO berbilion dolar?


Vans bermula sebagai sebuah syarikat kasut milik keluarga Paul Van Doren yang ditubuhkan pada 1966.


Sales tak berapa cantik sehinggalah ia menaja pemain papan selaju profesional, Stacy Peralta dan rakan-rakannya pada 1970an.  


Stacy Peralta 1970. Dulu skaters main dalam kolam tak da air.

Design tapak macam waffle memberi kelebihan kepada skateboarder pada era itu yang memerlukan lebih cengkaman pada skateboard mereka.


Hanya pada 1976, Vans membangunkan skate shoe pertamanya bersama Stacy dan Tony Alva, yang diberi nama Off the Wall, sebelum ia dikenali  sebagai the Era sekarang.


BACA: KOLABORASI VANS DENGAN ARTIS MALAYSIA


Populariti Vans mula melonjak apabila Sean Penn mahu pakai kasut Vans Checkerboard Slip On untuk filem Fast Times at Ridgemont High.


Kesilapan utama Vans pada awal 80an sehingga 1984 adalah cuba mengeluarkan kasut untuk sukan-sukan lain sehingga terpaksa memfailkan muflis.


Dalam tempoh pemfailan muflis itu, Van Doren berjaya menghidupkan semula syarikatnya dalam tempoh tiga tahun untuk bebas daripada hutang, sebelum menjualnya kepada sebuah firma perbankan, McCown De Leeuw & Co. dengan nilai AS$75 juta.


BACA: VANS BELI SUPREME DENGAN HARGA AS$4 BILION


Pada 1990an, Vans menerima cabaran baharu apabila terpaksa bersaing hebat dengan jenama kasut baharu seperti DC dan Osiris, yang memaksa mereka memindahkan pembuatan kasut ke China.


Kos produksi yang lebih murah membantu peningkatan pendapatan sehingga 1993 sebelum jatuh kembali dan menanggung kerugian sebanyak AS$30 juta setahun.


Dari situ, Vans mengubah strategi daripada pembuat kasut  sahaja, kepada sebuah syarikat pemasaran.


Poster Warped Tour yang pertama pada 1995. Ia dinamakan Vans Warped Tour pada 1996.
Foto: sublimegman.


Penyelamat mereka adalah festival muzik dan sukan, Vans Warped Tour, yang diadakan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat bermula 1995.


Warped Tour memberikan pendedahan yang baik kepada band-band yang sedang meningkat dalam industri muzik independent dan juga mainstream sehingga turut dijemput mengadakan festival itu di luar Amerika seperti Australia dan di Eropah.


Selain itu, Vans turut menganjurkan kejohanan skateboarding popular pada 1995, Vans Triple Crown yang diadakan di venue jenama popular, Hard Rock Cafe.


Pada 1996 mereka mula menaja kejohanan luncur air ataupun surfing sebelum menaja kejohanan snowboarding setahun berikutnya.


Vans US Open of Surfing 2019. Foto: usharbors.com

Dari situ, sukan BMX, wakeboarding dan motocross turut dimasukkan dalam penjenamaan Vans, yang turut mendapat pendedahan yang baik di televisyen.


Penajaan acara bertaraf dunia dalam sukan skateboarding dan surfing serta penjenamaan dalam segmen gaya hidup secara konsisten tak membantu meningkatkan pendapatan syarikat itu.


Namun ia berjaya mengekalkan cool factor jenama Vans sehingga menarik perhatian syarikat gergasi lain untuk mengambil alihnya.


Pada 2004, VF Corporation membeli Vans pada harga AS$400 juta.


VF Corp yang memiliki The North Face, Timberland dan Wrangler menjelmakan kebangkitan sebenar Vans.


Ia meningkatkan porfolio Vans dengan kolaborasi dengan jenama fesyen menerusi program Vans Custom Culture.


Dari situ, pereka fesyen diberi peluang untuk design kasut slip on Vans mereka sendiri sehingga Vans diterima oleh pelanggan di luar segmen sukan lasak.


Vans X Marc Jacobs. Foto: hypebeast.com


Dua pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld dan Marc Jacobs mengeluarkan koleksi high end Vans yang mengukuhkan Vans dalam industri fesyen.


VF juga tidak fokus kepada membuat design kasut baharu tapi meningkatkan jumlah kedai Vans di seluruh dunia, selain mengembalikan model the Authentic dan Era sebagai model utama dalam barisan produk mereka.


Vans juga meningkatkan pengeluaran pakaian dan aksesori lain yang meningkatkan lagi pendapatan mereka kepada lebih AS$400,000 pada 2010.


Peningkatan ini disebabkan konsumer Vans bukan saja dari golongan peminat sukan lasak tetapi orang biasa.


Penerimaan sportwear dan street wear sebagai pakaian harian orang biasa juga membantu peningkatan jenama Vans di luar segmen sukan lasak dan muzik keras. 


BACA: VANS X LEGEND PA'DIN MUSA


Penajaan legend skateboarding, Tony Hawk pada April tahun ini melengkapkan profil Vans sebagai jenama terkemuka skateboarding di dunia.


Tidak lupa juga legend lain seperti Steve Caballero dan juga kasut colorway signature khas legenda tempatan kita, Pa’din Musa.


Pa'din Musa bersama kasut colorway khas Vans untuk menghormati sumbangannya dalam skateboarding.
Foto: Astro AWANI.


Percaya atau tidak, Vans adalah jenama kasut yang kedua pilihan remaja dibelakang Nike dan juga jualan Vans mengatasi jenama paling laris VF Corp sebelum ini, The North Face.


BACA: VANS X PA'DIN TIKAR MENGKUANG


Vans kini memiliki lebih 700 kedai di seluruh dunia dan menyaksikan pendapatannya meningkat dari AS$2 bilion pada 2015 kepada AS$3 bilion pada 2018.


80 peratus pendapatan tersebut adalah hasil daripada penjualan kasut.


Dasyat kan pengaruh daripada budaya skateboarding dan sukan lasak berjaya mempengaruhi peningkatan sesebuah jenama.


Sumber: The Athletics





Rahsia kejayaan Vans, syarikat yang hampir muflis kini kaya raya  Rahsia kejayaan Vans, syarikat yang hampir muflis kini kaya raya Reviewed by Hilal Azmi on December 11, 2020 Rating: 5

No comments