Home Top Ad

Rancak X : Mari mengenal babi


Babi adalah sejenis haiwan yang menjadi konotasi negatif sejak zaman dulu kala dalam apa jua budaya. Gelojoh macam babi, busuk macam babi, pengotor macam babi. Benda buruk semuanya babi.

Begitupun babi tetap disukai sebilangan. Kata mereka, dagingnya sedap, membiak dan menjaganya pun senang. Tak kurang juga yang kata babi comel dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Walaupun comel itu subjektif, tetapi faktanya tentang sifat-sifat babi ini adalah benar menurut sains.

Sungguhpun dia babi, tak bererti kita tidak perlu mengenali salah sejenis haiwan ciptaan Tuhan ini. Untuk mencintaiNya harus kenal sifat-sifatNya melalui ciptaanNya. Dalam buruknya, ada cantiknya. Maka ini 10 fakta menarik tentang makhluk bernama babi.


I. Babi tak ada kelenjar peluh. Dalam keadaan panas, babi akan berkubang di dalam lumpur untuk menyejukkan tubuhnya.

II. Babi adalah sejenis mahluk yang sangat sosial. Mereka suka berada dalam keramaian dan akan berdiri rapat-rapat terutamanya dalam cuaca dingin.

III. Babi suka berurut. Dalam habitat semula jadinya, babi akan sering menggesel-geselkan badannya pada pokok, tenang apabila mendengar muzik dan sejenis mahkluk yang punyai rasa aingin tahu yang tinggi.

IV. Babi suka menjerit. Jeritan mereka boleh sekuat 115 desibel - tiga desibel lebih tinggi daripada bunyi enjin pesawat supersonik.

V. Babi bedal semua benda. Apa sahaja yang boleh ditelan akan dimakan makhluk ini termasuk najis dan tulang manusia. Ada satu kes pada 2012 di Oregon AS, seorang peladang mati kerana serangan jantung dan tumbang di dalam kandang babinya. Ia ditemui oleh ahli keluarga selepas beberapa hari tidak ditemui, yang tinggal hanya giginya. 

VI. Babi juga boleh bermimpi. Menurut kajian, genetik babi banyak persamaan dengan manusia. Kerana itu haiwan ini sering dijadikan uji kaji dalam rawatan penyakit manusia. 

VII. Babi adalah makhluk yang cerdik, malah lebih cerdik daripada anjing dan sesetengah spesis primat. Babi lebih mudah mengingat dan lebih pantas dilatih berbanding anjing.

VIII. Deria bau babi adalah 2,000 kali lebih peka daripada manusia. Pada muncungnya yang penyek itu terdapat banyak reseptor deria yang digunakan untuk mencari makanan.

IX. Babi sejenis makhluk yang agak pantas, tak padan dengan bentuk badannya. Seseekor babi dewasa boleh berlari pada kelajuan 18 kilometer sejam, hampir sama laju dengan kebanyakan skuter elektrik. Boleh tahan.

X. Daging babi mengandungi pelbagai bakteria berbahaya. Kerana sifatnya yang telan semua benda dan cara pembiakannya yang tidak bersih, dagingnya menjadi tempat huni pelbagai kuman yang mengundang penyakit seperti hepatitis E, multiple sclerosis, kanser hati, cirrhosis dan yersinia.


*Teringat bapak saya pernah berkata, "Kalau jadi manusia itu 'bedal apa sahaja' walaupun benda itu tak baik asal 'perut penuh', apa beza dia dengan babi?".


*Sumber: Healthline, World Animal Protection, The Pig Site, Four Paws


Rancak X : Mari mengenal babi Rancak X : Mari mengenal babi Reviewed by Hilal Azmi on December 08, 2020 Rating: 5

No comments