Home Top Ad

RancakX: 10 Fakta Menara Eiffel di Paris


Menara Eiffel yang dikenali sebagai ‘the Iron Lady’ ataupun dalam bahasa Perancis La Dame de Fer mula dibina pada 1887 dan siap pada 1889.

Ia dibina sempena sambutan 100 tahun Revolusi Perancis dan untuk menunjukkan kehebatan industri Perancis kepada dunia.


Berikut 10 fakta menarik mengenai mercu tanda kota Paris itu.

1. Menara Eiffel dibina dalam tempoh dua tahun, dua bulan dan lima hari.

2. Kos pembinaan Eiffel Tower adalah 7,799,401.31 gold Francs, atau bersamaan dengan AS$1.5 juta (sumber: Live Science).

3. Tinggi Menara Eiffel adalah 324 meter (1,063 kaki) termasuk antena, tanpa antena ketinggiannya 300 meter (984 kaki).

4. Berat Menara Eiffel adalah 10,000 tan.

5. 'Pereka' menara itu, Gustave Eiffel 'menyelit' sebuah apartment peribadi dalam design menara itu, di mana sebelum ini dia menyambut tetamu popular seperti Thomas Edison untuk melepak di atas puncak menara itu.




6. Menara Eiffel sepatutnya dirobohkan selepas 20 tahun.


7. Gustave Eiffel bukan pereka sebenar Menara Eiffel. Walaupun diberikan hak penamaan, rekaan sebenar menara itu dibuat oleh dua pekerja syarikatnya, Maurice Koechlin dan Emile Nouguier.


8. Akibat terdedah kepada kepanasan cahaya matahari, ketinggian menara itu meningkat sebanyak tujuh inci dan kembali menguncup apabila sejuk.


9. Menara Eiffel sudah dicat sebanyak 18 kali sejak dibina dan 60 tan cat lapisan pertama digunakan. Banyak kerja tu nak cat Eiffel Tower.


10. Menara Eiffel memegang takhta bangunan tertinggi di dunia selama 41 tahun, sebelum Chrysler Building dibina di New York.





RancakX: 10 Fakta Menara Eiffel di Paris RancakX: 10 Fakta Menara Eiffel di Paris Reviewed by Hilal Azmi on December 03, 2020 Rating: 5

No comments