Home Top Ad

Selamat Tahun Baru Vapers! Akhirnya vape dikenakan cukai


Selepas bertahun-tahun berbalah, akhirnya duti eksais bagi rokok elektronik dan bukan elektronik yang menggunakan cecair dan seangkatan dengannya dikenakan duti eksais.


Bukan setakat vape dan shisha saja, tapi cecair atau flavour vape tu pun dikenakan duti eksais sebanyak 40 sen bagi setiap mililiter.


Semua jenis peranti elektronik dan tidak elektronik seperti rokok paip dan shisha dikenakan 10 peratus.


Tak banyak pun.


Di sebalik ada petisyen yang memohon Kementerian Kewangan untuk membatalkan cukai ke atas vape (dan adik-beradiknya), petisyen yang ditandatangani lebih 10 ribu orang itu nampaknya tidak dilayan.


BACA: VAPE & ROKOK SAMA SAJA

BACA: VAPE ADA BAGUSNYA TAPI...


Cukai yang dikenakan masih rendah berbanding yang dikenakan terhadap industri tembakau.


Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) ada menyatakan pendapat cukai yang dikenakan tidak berkesan jika penjual yang tidak berlesen terus dibiarkan beroperasi.


Sama la macam ada orang jual rokok haram.


Selain itu, MQ Consultant berkata cukai yang dikenakan terlalu rendah dan merupakan satu kerugian memandangkan kerajaan boleh memungut lebih banyak pendapatan.


Tiga kementerian melihat isu untuk penyelian industri e-rokok sejak 2016.


E-rokok atau vape ni sebenarnya sudah disalah guna, memandangkan tujuan ia dibuat adalah untuk membantu orang berhenti hisap tembakau.


Malangnya vape ini dijadikan tabiat sehingga ada yang menggunakannya di tempat yang tak sepatutnya seperti baru-baru di dalam Parlimen dan ada yang menggantungnya dalam rancangan hiburan yang disiarkan secara live.


Jadi bagi mempertahankan vape tak perlu dikenakan cukai kerana ia membantu perokok berhenti adalah satu yang tak logik, memandangkan ramai yang saja-saja menggunakannya secara rekreasi dan tauke kedai tempatan mampu beli BMW X1.


Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) pula menyambut baik cukai yang dikenakan.


Ini bagus kerana akhirnya ada penyeliaan terhadap produk itu, sekali gus menghalalkan industri itu yang sebelum ini hampir diharamkan.


Janji ada lesen boleh jual dan ada kawalan supaya orang tak boleh suka-suka hati produce barang yang belum tentu selamat untuk digunakan.


Cukai atau duti eksais ini akan mula dikenakan bermula 1 Januari 2021. 



Selamat Tahun Baru!


Baca duti eksais di ASTRO AWANI



 




Selamat Tahun Baru Vapers! Akhirnya vape dikenakan cukai Selamat Tahun Baru Vapers! Akhirnya vape dikenakan cukai Reviewed by Hilal Azmi on December 08, 2020 Rating: 5

No comments