Home Top Ad

Skrin iPhone 11 mungkin akan lingkup, tukar sekarang


Apple mengumumkan peratusan kecil skrin pada iPhone 11 mengalami masalah dan menawarkan penukaran secara percuma.


iPhone yang terlibat adalah yang dibuat pada November 2019 hingga Mei 2020.


Anda boleh cek adakah anda memiliki iPhone 11 dengan skrin bermasalah itu di laman web Apple dengan memasukkan nombor siri telefon milik anda.


Pada masa sama, Apple menyatakan tidak semua negara atau kawasan yang boleh menebus tawaran menggantikan skrin ini.


Tapi Apple akan mengembalikan wang anda jika anda sudah membaiki atau menggantikan skrin dengan sendiri, jika ia terlibat dalam isu kerosakan skrin ini.


(tapi kalau skrin tu dah retak, jangan mimpi la akan dapat penggantian secara percuma)



Skrin iPhone 11 mungkin akan lingkup, tukar sekarang  Skrin iPhone 11 mungkin akan lingkup, tukar sekarang Reviewed by Hilal Azmi on December 07, 2020 Rating: 5

No comments