Home Top Ad

Tak perlu samak babi hutan masuk kedai sukan di Putrajaya?



Perkara ini pernah dijelaskan dengan terperinci oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai pandangan ulama berkaitan  kebimbangan orang ramai mengenai hukum najis babi (khizir).


Penulisan itu dikeluarkan selepas ada seekor babi sesat masuk dalam sebuah masjid, dua tahun lepas.


Jadi kepada pemilik kedai sukan di Alamanda Putrajaya itu bolehlah ambil daripada pendapat ini.


Seekor babi hutan sesat masuk pusat beli-belah di Alamanda Putrajaya.


Kesimpulannya, tiada satu hadis yang menyebut najis khinzir perlu disamak, basuh air dengan tanah sebanyak tujuh kali.


Dan kalau dia lalu window shopping saja dekat kedai tu, takkan nak cuci atau samak habis semua benda?


Satu contoh yang diberikan adalah daripada Al-Imam al-Nawawi r.h (meninggal 676H) yang merupakan tokoh terbilang dalam Mazhab al-Syafi’i, mazhab yang kita ikut.


Ini yang ditulis:


3. Al-Imam al-Nawawi r.h (meninggal 676H) merupakan tokoh terbilang dalam Mazhab al-Syafi’i. Ketika al-Nawawi mensyarahkan hadis di atas dalam kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj yang merupakan kitab Syarh Sahih Muslim yang terkenal, beliau menyebut:


وَأَمَّا الْخِنْزِيرُ فَحُكْمُهُ حُكْمُ الْكَلْبِ فِي هَذَا كُلِّهِ هَذَا مَذْهَبُنَا وَذَهَبَ أَكْثَرُ الْعُلَمَاءِ إِلَى أَنَّ الْخِنْزِيرَ لَا يَفْتَقِرُ إِلَى غَسْلِهِ سَبْعًا وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَهُوَ قَوِيٌّ فِي الدَّلِيلِ


(Adapun khinzir maka hukumnya sama seperti hukum anjing dalam semua aspek tersebut.) Ini pendapat mazhab kita. 


Adapun majoriti ulama berpendapat bahawa khinzir tidak memerlukan basuhan sebanyak tujuh kali (seperti yang dalam hadis anjing di atas). Inilah merupakan pendapat (al-Imam) al-Syafi’i. 


BACA: BABI HUTAN PERGI SHOPPING DEKAT PUTRAJAYA


Inilah (pendapat tidak wajib basuh tujuh kali berserta tanah) merupakan pendapat yang KUAT dari segi dalil) (3/185, Beirut: Dar al-Turath al-Arabi).


Ertinya, al-Imam al-Nawawi menyokong pendapat majoriti para ulama iaitu kenajisan khinzir hanya dibasuh seperti najis yang lain tanpa memerlukan tujuh kali air dan tanah.


Beliau turut memberikan contoh satu lagi kitab teras dalam Mazhab al-Syafi’i dan menyimpulkan bahawa tiada dalil yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk satu kali air tanah.


Ini kerana pada majoriti para ulama, khinzir seperti najis yang lain yang memadai dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasa. Apabila tiada kesan tersebut pada peralatan makanan, tempat duduk, pakaian dan seumpamanya maka dikira sebagai bersih. Ini seperti mana kita berurusan dengan najis-najis lain.


Maka, seperti mana kita membasuh kesan darah, najis manusia dan kesan bangkai haiwan maka demikian cara kita membasuh kesan najis khinzir pada pendapat majoriti ulama.


Baca penulisan penuh Dr. MAZA dengan klik pada pautan ini.


BACA: APA SALAH BABI?







Tak perlu samak babi hutan masuk kedai sukan di Putrajaya? Tak perlu samak babi hutan masuk kedai sukan di Putrajaya? Reviewed by Hilal Azmi on December 06, 2020 Rating: 5

No comments