Home Top Ad

Takkan Uqasha nak kata NO dekat Kamal Adli



Memang tak la Uqasha Senrose nak kata NO dekat Kamal Adli apabila dilamar dalam rancangan TV secara langsung. Itu yang berlaku pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME20) malam ini.

Kamal 34, membuat kejutan dengan melamar Uqasha Senrose, 28.

Terdahulu, tindakan berkenaan disangka gimik oleh penonton yang menyangka ia sebahagian daripada atur cara program.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.

Situasi bertambah menarik apabila Uqasha yang sebelum ini pernah digandingkan bersama Kamal menerusi beberapa siri drama menerima lamaran tersebut lalu cincin disarungkan ke jarinya.

Takkan nak say NO! Ini reaksi fans di media sosial.



Apapun, peminat semua gembira dan excited terlebih dengan apa yang mereka saksikan di AME20 tadi.




Apa pun TAHNIAH KAMAL DAN UQASHA! 



Takkan Uqasha nak kata NO dekat Kamal Adli Takkan Uqasha nak kata NO dekat Kamal Adli Reviewed by Hilal Azmi on December 20, 2020 Rating: 5

No comments