Home Top Ad

Tiga bekas Presiden mahu buktikan vaksin COVID-19 selamat


Ketika ramai topik vaksin COVID-19 kecoh dibincangkan, tiga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) tampil untuk membuktikan ia selamat.


Mereka turut sanggup merakam diri mereka semasa disuntik vaksin berkenaan, bagi meyakinkan dunia untuk turut melakukan perkara yang sama.


Presiden ke-44 Barack Obama, ke-43 George W. Bush, dan ke-42 Bill Clinton berkata mereka secara sukarela akan mengambil suntikan vaksin itu apabila diberikan akses kepada bekalannya.


Apa yang buat mereka yakin vaksin itu selamat?


Obama meletakkan kepercayaannya terhadap Pakar Penyakit Berjangkit AS, Dr Anthony Fauci.


Bekas Presiden dan ahli demokrat itu berkata, jika Fauci umum vaksin itu selamat, maka ia boleh dipercayai.


Dr Anthony Fauci Foto: REUTERS via Astro AWANI

Obama yakin dengan Fauci kerana mereka pernah bekerjasama, selain mengenali satu sama lain, menjadikan Fauci sumber yang "boleh dipercayai".


Macam mana mereka boleh yakinkan dunia keselamatan vaksin?


Obama sama ada akan mengambil vaksin itu dalam siaran langsung atau merakam dirinya semasa disuntik untuk tontonan umum.


Begitu juga dengan Bush, yang sudah memberitahu Dr Fauci dan Pasukan Petugas Koronavirus White House, Dr Deborah Birx bahawa bekas Presiden dan ahli Republikan itu ingin mendapatkan vaksin itu, demi menggalakkan kepercayaan rakyat.


Clinton yang merupakan ahli parti Demokrat turut mengumumkan akan disuntik apabila negara sudah mengedarkan bekalan vaksin kepada golongan yang diutamakan.


Clinton berkata dia akan disuntik di tempat awam supaya orang ramai boleh melihat perkara itu berlaku.


Selain bekas-bekas pemimpin itu, anak kepada Presiden Donald Trump, Ivanka Trump juga sudah umum pada Sept lalu bahawa dia akan mengambil vaksin COVID-19.


Adakah pengorbanan ahli-ahli berprofil tinggi ini cukup untuk meyakinkan keselamatan vaksin COVID-19? 


Kalau anda tak percaya mereka, siapa yang boleh meyakinkan anda ia selamat? 



Tiga bekas Presiden mahu buktikan vaksin COVID-19 selamat Tiga bekas Presiden mahu buktikan vaksin COVID-19 selamat Reviewed by Hilal Azmi on December 04, 2020 Rating: 5

No comments