Home Top Ad

Wang tunai RM300,000 musnah akibat simpan dalam tin



Seorang nenek rugi hampir RM300,000 hanya kerana menyimpan wang kertas di dalam tin Milo. 


Kesian wanita warga emas itu yang mungkin berhasrat untuk menyembunyikan wang kertas sebanyak itu di dalam tin lama supaya ia selamat daripada dijumpai orang.


Malangnya wang yang disimpan itu rosak akibat dimakan anai-anai.


Luahan kekecewaan itu dimuat naik 1 Disember lalu melalui beberapa entri di laman Facebook Penang News Group.


Empat video yang dimuat naik individu yang tidak dinamakan itu menunjukkan sejumlah wang kertas yang rosak dimakan serangga perosak itu.


Selain anai-anai, wang rosak akibat proses degradasi yang berlaku akibat menyimpan wang itu tanpa disentuh dalam tempoh yang lama.


Nasib bukan semua wang tunai yang rosak kerana sebanyak RM110,000 masih dalam keadaan baik.


Ini merupakan pengajaran kepada mereka yang lebih suka simpan duit di rumah dan bukan di bank - jangan simpan dalam tin lama-lama dan selalu periksa keadaan duit anda.




Wang tunai RM300,000 musnah akibat simpan dalam tin Wang tunai RM300,000 musnah akibat simpan dalam tin Reviewed by Hilal Azmi on December 10, 2020 Rating: 5

No comments